Friday, October 10, 2008

::: Senarai Kategori :::


ini adalah antara senarai Anugerah yg dipertandingkan :-
  1. Anugerah chatters paling glamer lelaki terbaik 2008
  2. Anugerah chatters paling glamer perempuan terbaik 2008
  3. Anugerah chatters paling aktif lelaki ( based on daily pointer )
  4. Anugerah chatters paling aktif perempuan ( based on daily pointer )
  5. Anugerah chatters paling friendly 2008
  6. Anugerah chatters 'suara emas' lelaki 2008
  7. Anugerah chatters 'suara emas' wanita 2008
  8. Anugerah chatters 'Duet' terbaik 2008
  9. Anugerah chatters paling 'lawak' / lorat Terbaik 2008
  10. Anugerah Istimewa – JASA VF 2008
  11. Anugerah VF region terbaik :- a. VF southern, b. VF Central, c. VF North
  12. Anugerah chatters harapan OTM lelaki terbaik 2008
  13. Anugerah chatters harapan OTM wanita terbaik 2008
  14. Anugerah chatters paling popular VF 2008
  15. Cenderahati pengurus pengurus event VF sebelum ini


::: sekarang ada 14 Anugerah yg akan dipertandingkan dalam Dinner yg bersejarah ini, insyaAllah sekiranya ada tokok tambah serta idea untuk penambahan, sila beri pandangan dan pendapat anda , sila lampirkan dalam segmen komen di blog saya ini.

::: ahli-ahli dan warga VF yg lain bolehlah memulakan undian di pollpage yang disediakan oleh Faceless selepas annoucement dinaikkan.

::: semua penama penama yg tercalon dikehendaki hadir, tidak ada wakil wakil amik hadiah anda. dan mereka yg tercalon hendaklah menonjolkan diri di VF untuk apa sahaja agenda agar ahli yg baru boleh mengenali diri anda... ehehehe

::: setiap Anugerah hendaklah diisikan oleh 2 calon dari setiap region , 2 calon dari VF northern , 2 calon dari VF central manakala 2 calon lagi dari VF Southern.
kerjasama dari pihak 3 region ini adalah amat diperlukan.

::: Terdapat senarai nama-nama penyampai anugerah dari ahli komuniti VF secara berpasangan. Oleh yg demikian, para penyampai anugerah ini telah dipilih dan diberikan penghormatan mempamerkan character anda dengan gayanya diatas pentas.

::: Sudilah kira kamu semua yg terlibat mendoakan kejayaan Ajk yg sedang bertungkus lumus menjayakan Majlis yg mulia ini, insyaAllah.

::: di Sebabkan tema dan Dress Code untuk majlis ini ialah red Carpet , di sini saya ada menyertakan contoh gambar gambar glamer la kononnya... untuk menjelaskan lagi konsep pakaian yg harus anda pakai ...

::: feshen bertudung ekin dan kembar si Ain sempoi dan kemas ::

::: feshen penyampai era pun sempoi dan kemas :::

::: yg ini mmg glamour dan gedik santai / cun juga :::

::: aku nak tengok sapa pakai baju macam kaza :::

::: feshen bertudung maya karin .. kelas , anggun dan menawan :::

::: misha , ella& jojie menareekkkk seyy :::

::: walaupun benci kat muka nabil tapi pakaian dia ok :::

::: cool outfit , dibenarkan tapi kena kemas dan cantik :::

::: aku nak tengok sapa berani pakai baju yg Shidi pakai tu :::

::: yg ni pun ok , aku suka dressing si lelaki tu :::

This is my 2D skyview graphics paling sempoi yg tah apa apa ,
tapi setting ballroomnya lebih kurang macam tulah ye...


SILA PILIH MENU ANDA
(p/s: boleh tahan sedap masakan chefnya)

p/s : saya perlukan komen dan idea daripada pembaca . ezpecially dari ahli VF

Wednesday, October 8, 2008

:: tersentuh ku menjiwai ia ::

............................... 4 ,3 ,2 ,1 ...

aidilfitri masih dirayakan ,
syawal di hati tetap sebulan ,
andai kata salah silap harap maafkan ,
hati ini masih merinduimu kawan.

tersedak di pagi raya yang dimuliakan ,
ibarat teguran dan nasihat ibu, bapa dan taulan ,
tragedi menimpa tetap ditauladankan ,
kasih dan parut di hati siapa yang tau,kan.

syawal menjelma sebulan penuh kematangan,
menjadi pegangan bangsa dan kerohanian ,
antara petai , jering , intan dan berlian ,
sesungguhnya korang adikku yg sangat tersayang.

pedih hati sayu rindu dan kenakalan ,
begitulah lumrah hidup berkawan ,
usia lanjut mati pelbagai kejadian ,
kenangan manis menanti musim ketuaan .

tertusuk sembilu ketika ke masjid ,
lukanya menusuk hingga ke kulit yg akhir ,
berdarah , perit , pedih tidak bersakit,
umpama menangis mata tidak berair.

ampunkan aku maafkan aku kawan ,
mati tiada tempat di hati mahupun salam tangan ,
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kusujudkan ,
supaya si damia menilai salam.

sahabat sepusat sepusing sebilik sejamban ,
gelak marah nangis dan diketawakan ,
kita didunia sentiasa dikirakan ,
oleh yang mulia di bahu kanan.

insaflah kawan insaflah saudara ,
berkawan sampai mati kubur lain lain dunia ,
aku menantikan kemaafan duka dan lara ,
baik dosa dan pahala hati insyaAllah berubah juga.

syawal masih bergema pembuka dan pengakhir kata ,
hanya inilah sahaja cara ku meminta pengampunan ,
mungkin tidak secara kematangan ,
mungkin ini saja cara yang ada untukku meminta kemaafan.

akhirkata juga ku berair mata ,
kerenah ku pandang kuhimpun doa juga ,
buat kamu semua kawan2ku bersaudara ,
insyaAllah kamu dilindungi sentiasa olehNya.

p/s: syahdu syawalku masih terasa
kususun jari kuhimpunkan kemaafan
air mataku mengalir bukan diminta
kerana aku tahu menilai erti persahabatan


your luvly friend

hakim


Wednesday, October 1, 2008

Salam Aidil Fitri

assalamualaikum wbt kepada semua

....di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua orang yg menyambut , terutama kawan kawan di VF , dan jika ada maaf dan silapku di lubuk hati kamu semua , aku benar benar minta maaf... insyaAllah hidup kalian diberkati tuhan dalam doakan dari hari ke sehari ...

semalam sembat aku bayar zakat fitrah. dalam doaku di dalam masjid , aku bersyukur aku masih dihidupkan dan di beri pengalaman hidup dgan terusan ilmiah dan kerohanian yg cukup yang tuhan beri, alhamdulillah ... tapi masa bayar zakat semalam beratur panjang dan tiba-tiba.. Hani berbisik , babah , tengok sapa belakang babah ... aku toleh belakang aku hmm... norman hakim ...apa lagi , orang johor kalau dah berjumpa .. macam member lama la bila berbual...

lepas tu jumpa KAZA .. berbual kutuk kutuk gelak gelak .. dan lepas tu jumpa dgn mustafa maarof , masa berbual tu sempat juga dia menjemput ke opis PAPITA lepas raya nanti.. malu sey nak pegi...

pagi tadi pegi semahyang raya , ngam ngam sampai masjid dah nak mula semahyang .. sib baik sempat ...

..." ya Allah Ya tuhanku .. moga moga fitrahku kali ini membawa keberkatan dalam perjalanan hidup ku hingga ke akhirat..."


salam aidil fitri

your luvly friends - hakim ...