Monday, March 30, 2009
Wednesday, March 4, 2009
:: a really good advice ::
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT ..
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
:::::::::
Posted by
mangsa_kebakaran
at
3:00 PM
0
comments
Tuesday, March 3, 2009
sejenak , its a tic ...
aku pernah kenal satu manusia , dia ada buat salah kat aku , kesalahan yg mmg aku tak patut maafkan pun sampai mati, percayalah.
tapi pada aku , aku tak nampak pun kesungguhan cara dia minta maaf. like some people sayz .." who give a shit.." atau dalam erti kata orang melayu ..." aku peduli apa.." hm... bak kata orang tua tua , perkara dan masalah yg membabitkan perasaan , hati , pengorbanan .. hmm jangan dipandang remeh ... tapi sejak kebelakangan ini , memang dipandang remeh bukan sahaja oleh sesetengah masyarakat , boleh dikatakan majoriti manusia zaman sekarang macam itu...
berubah lah ..
adakah anda manusia yg sedemikian ? tepuk dada tanya selera ..
p/s : moral : manusia seperti ini , kalau kita dah mati pun kena tanam pun, dia bukan tau pun kesalahan dia serius ke tidak , ialah .. mana tahu si mati ni tuntut sampai dalam liang lahat .. kita pun tak tau kan.
kesimpulan : ..." peduli apa , kannnnnnnnnnn "
Posted by
mangsa_kebakaran
at
12:27 AM
0
comments
Monday, March 2, 2009
double
sigh*
entah apa la nasib ... sejak dinner VF yg gilang gemilang tu ...
semenjak arianna jatuh sakit ... manjang tak cukup tido je . tak de masa nak online lama lama. paling lama pun dalam 5 minit pastu dah tak online . dah kuar balik. nak jumpa kawan kawan pun susah, henpon pulak problem. monitor henpon kejap ada , kejap tak de, kekadang hilang terus. langsung masuk penjara !!!!
lepas arianna lahir , doktor kata mak bidan kat spital tu tak bersihkan betul betul cecair dan lendir dalam kerongkong dia. dan lepas 2-3 bulan baru nampak kritikal sistem pernafasan dia, sebab ingatkan dia batuk biasa dan berkahak cam biasa. padan la ubat doktor klinik tak berkesan langsung ... beratus jugak abes kat klinik masa tu. dia selalu sesak nafas dalam kul 3 atau 4 pagi .. pastu bila pegi HKL ... sah sah la kena tahan .. bulan ni aje dah 5 kali admitted ... kena tahan pulak ..
financial makin kritikal ... erms. ..tahan aje la apa yg tuhan bagi , erms .. lepas satu.. satu..
tapi , sejak akhir akhir ni ... ubat yg latest yg doktor kasi berkesan , lega banyak la sebab nampak jauh beza pernafasan dia dengan bunyi batuk dia yg teruk . dengar bunyi dia batuk pun bole tahu yg budak ni mmg tengah terseksa nak bernafas. alhamdulillah sejak kebelakangan ni, lega dengar dia ketawa bila bangun dari tido. hmm kalau tak .. berdesing la dengar dia nangis sambil terbatuk macam orang tua kena batuk kering.
doakanlah
-----------------------------------
satu bulan ni aku badmood dgn teruk sekali . aku tak dapat jumpa kawan kawan aku dan aku banyak menghabiskan masa menjaga arianna... adoilaaa cemana nak nak setelkan masalah aku dgn kawan kawan. janji tetap janji. entah cemana lah agaknya perception diorang kat aku. aku dah tak mampu lagi nak cakap aku minta maaf . harap sangat mereka faham, satu hari nanti akan sampai juga giliran mereka , insya Allah.
-----------------------------------
aku tetap tak puas hati dgn makhluk hijau. banyak sangat rahsia. aku rasa aku akan merajuk selama lamanya kot. sampai mati pun. macam tak endah pun perkara tu. macam amik ringan je hal perasaan orang. aku tak faham. dia tak tahu ke bezakan perkara serius dgn main main..? atau mmg dia sengaja nak dajal aku. hmmm, aku kalau dah sekali terantuk sampai bila bila akan ingat. hati aku dah hancur dah . luka dia takkan baik punya. jgn mimpi la ianya akan baik. pujuk pun bukan bersungguh sungguh pun. macam tu ke kawan..?
Posted by
mangsa_kebakaran
at
9:03 AM
0
comments
Sunday, March 1, 2009
no name - no idea - no regret
......" perasaan adalah punca hati hidup dan mati.
keluhuran menjadikan jiwa manusia jujur atau ikhlas.
kerohanian menguatkan semangat yg telah mati.
kesimpulan , kemaafan tak semestinya berakhir dengan suka.
kejujuran adalah doa kepada angin yg membawa kebahagiaan.
hati merupakan perjalanan darah yg laju atau perlahan
mati merupakan sakit yg sudah pasti
masanya adalah untuk selama lamanya ...."
Posted by
mangsa_kebakaran
at
2:46 AM
0
comments







