... hari ini aku rasa dada aku amat sakit sekali. dalam keadaan yg susah nak berjalan, aku gagahkan diri jugak untuk berjuang untuk bangun dan solat. mata aku dah mula bengkak balik sebab memikirkan orang yg paling aku sayang. ijn pun sudah tidak berguna lagi. hanya jarum yg boleh memastikan kelegaan dan tido . aku sudah penat .
Monday, March 29, 2010
happen ::
Posted by
mangsa_kebakaran
at
4:43 PM
0
comments
Sunday, March 28, 2010
thanx alots kak timah ...
after all of the comment yg aku amati baik baik ... this is the best comment ever dan aku membaca sambil mengalir air mata aku ... terima kasih kak tim ..
............hAKIM ...
begitu mendalam cinta kamu pada asma..akak tak mampu untuk merasainya..kamu yang merasa dan menanggungnya
namun ingatlah dik..melalui coretan ini..seolah2 asma lebih kamu cintai berbanding Allah dan RAsulNya..
sebab itu jiwa kamu amat menderita..dan orang yang membaca coretan kamu juga turut rasa menderita
siapalah asma berbanding Allah..yang telah memberi segala nikmat terhadap makhluk..usahlah dipertuhan asma dalam pengabdian cintamu dik..kembalilah kepada Allah..Allah lah sumber cinta
ya..mungkin kamu rasa kecewa kerana lelaki yang terlibat dgn asma bukan lelaki yang sepadan..tapi percayalah..cepat atau lambat..asma akan mengakui segala kebenaran kerisauan kamu..satu hari asma akan dikecewakan (jika benarlah lelaki tersebut tidaklah sebaik mana)
nasihat sudah kamu beri..segala usaha sudah kamu lakukan untuk menyelamatkan asma..jadi sekarang..tugasmu sudah selesai..ada satu tugas penting kamu yang telah kamu abaikan..(mungkin tidak kamu catatkan di sini)
iaitu..perhatikanlah isteri dan dan anak2 mu..merekalah harta kamu sekarang..mereka lah anugerah yang tuhan beri kepadamu..hargailah..jangan sampai kamu menangis sekali lagi dengan penuh kekecewaan
soal asma..percayalah..jika ada jodoh kamu..beberapa tahun kemudian..5 tahun..10 tahun..semuanya akan kembali normal
bangkitlah dik.. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang
- kak fatimahanim
Posted by
mangsa_kebakaran
at
11:20 PM
0
comments
Tuesday, March 23, 2010
trapped under ice ...
method yg paling mudah. simple psychology. manusia zaman sekarang senang jadi monyet, umpama kera kena belacan akibat salah sendiri yg terbuka penuh dgn pekung di dada. dgn manusia nak berdepan , takut . dgn tuhan tak takut .. nauzzubillah.
Pertama, kedua-duanya perlu dibangunkan atas keimanan yang benar kepada ALLAH. Barulah ukhuwwah dan cinta ini akan terserlah kesejatiannya.
Kedua, kedua-duanya perlu dimulakan dengan pemberian.
“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.
Semua orang boleh sebut bermacam perkataan – ukhuwwah fillah, uhibbukafillah, kita berukhuwwah kerana ALLAH, saya mencintai kamu kerana ALLAH, baitul muslim, keluarga sakeenah – dan pelbagai lagi ayat-ayat islamik yang mengiringi dua perkara itu iaitu "cinta dan ukhuwah"... Mengetahui perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa manusia sedar akan keimanan kepada ALLAH adalah tiang paling utuh untuk membangunkan dua perkara itu dalam kehidupan insan.
Masalah mula muncul bila tiba ke peringkat kedua.
Pemberian.
“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.
Siapakah yang berani memberi terlebih dahulu?
Inilah yang membuatkan Cinta dan Ukhuwwah ini menjadi sekadar lambakan isu hangat di dalam blog dan website, serta tema popular dalam penulisan Novel dan Cerpen serta drama-drama dan filem. Tetapi hendak membumikan dua perkara ini dalam kehidupan, jarang-jarang dapat kita lihat.
Tiada siapa yang berani sebenarnya hendak memulakan ukhuwwah dan cinta. Hal ini kerana, di belakang dua perkara itu terdapat satu perkara yang manusia tidak berapa berminat dengannya. Itulah dia PENGORBANAN.
“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.
Manusia senang mengorbankan sesuatu jika mendapat balasan. Tetapi, manusia akan berkira-kira terlebih dahulu jika pengorbanannya itu mempunyai dua kemungkinan, dibalasi atau dilupakan. Inilah yang membuatkan Ukhuwwah dan Cinta sukar bercambah dalam kehidupan insan. Tiada ramai yang berusaha untuk memberi. Ramai suka untuk menerima sahaja. Sedangkan pemberi itu adalah sumber. Jika kekurangan sumber, bagaimana hendak bercambah?
Contohnya mudah. Ada dua orang manusia, saling kenal mengenali, tetapi bila seorang kawan menghadapi masalah, seorang yang lain akan berkata,
“ Ala, kalau aku tolong pun, bukannya aku dapat apa-apa”
Ataupun, dalam situasi lain, seorang sahabat sudah memberi. Dia membeli hadiah bila hari lahir sahabatnya tiba, dia mengambil berat akan sahabatnya, dia sentiasa bersama sahabatnya dan sebagainya. Tetapi sahabatnya itu pula tidak menjadi pemberi. Dia senang menerima sahaja. Dia tidak berapa suka hendak mengeluarkan wangnya untuk sahabatnya yang baik itu, malah dia hanya mencari sahabatnya itu bila susah, pendek kata, dia hanya mempergunakan sahabatnya itu sahaja, lebih teruk lagi dia meragui pula keikhlasan sahabatnya itu. Maka ukhuwwah satu hala ini tidak akan mampu bercambah dengan baik. Bila-bila masa sahaja salah satu dari dua pihak itu akan bersengketa.
Manusia ramai yang bersikap sedemikian. Suasana inilah yang menyekat percambahan ukhuwwah dan kecintaan dalam kehidupan insan.
Posted by
mangsa_kebakaran
at
1:18 AM
0
comments
Sunday, March 21, 2010
the best part of ainon ...
aku tergelak bila asma bgtau pasal budak2 jb termakan hasutan si ainon .. boleh pulak si ainon bgtau yg asma tu kawan dia .. sedangkan asma bgtau kat aku .. mmg dia kenal ainon tapi asma tak pernah berkawan dgn dia ... pastu bole pulak pukul canang bgtau yg aku nak pow card credit dia .. hmm .. kalau aku paste apa yg dibualkan kat ym ... mampos malu besar si ainon ..
Posted by
mangsa_kebakaran
at
11:59 PM
0
comments
Tuesday, March 9, 2010
salam semua pembaca ..
Posted by
mangsa_kebakaran
at
1:02 AM
0
comments
Friday, March 5, 2010
hanya aku ..
hari ini .. aku hanya boleh berserah ketika duduk di atas sejadahMu ... keseorangan .
sangat sejuk bilik ini . aku ibarat lembu yg tunggu untuk di sembelih...
tinggallah kenangan .. tinggallah
hidupku , matiku ... hanya dizikirkan nama DIA dan asma ..
insyaAllah .. lindungilah dia , dan lindungilah semuanya ..
p/s : spital bodo ni kena tukar internet acces yg sengal .
Posted by
mangsa_kebakaran
at
12:42 AM
0
comments


