Friday, January 1, 2010

:: bermulanya sebuah perjalanan ::

detik 12 malam tadi benar benar mengakhiri tahun 2009. diam tak diam sedekad lamanya kita sudah berlalu dalam arus zaman milineum iaitu era tahun 2000.. fikir.
nak jadi macam tahun lepas ke ? atau ubah cara hidup ? ubah cara berfikir ? tapi adalah lagi bagus jika ubah cara berfikir kerana ianya adalah cara paling pantas untuk melangkah kehadapan.
secara positifla kot.

selamat tinggal 2009.
penuh dengan kenangan. banyak yg pahit dari yg manis.
tahun 2009 ni memberikan aku satu parut yg tercalar kat muka aku. tu la .. percaya sangat janji kawan kawan. sampai janji yg dibuat terus tak bole ditepati . sampai jatuh miskin papa kedana , sampai berumahtangga kat spital pun batang hidung pun kawan kawan tak tunjuk , apatah lagi bayang bayang.

asam garam betul.
bila bercerita tentang azam. aku ada 1 azam untuk tahun 2010 ni.
antaranya >>>>>---------->>

azam aku :: aku akan pastikan projek kat johor tu benar benar berlaku supaya ianya menjamin masadepan aku seluruhnya.

azam aku yg lain :: dan pastinya aku kena melangkah 3 langkah paling cepat dari orang lain dan menggunakan teknik plan A , Plan B dan Plan C itu berkesan.


============
kawan kawan ?

aku rasa cukup la untuk komuniti internet . VF ? sux
#kampung2 ? sux
YM#kopitiam ? sux
YM#dadra ? sux

::kesimpulannya , sebenarnya users bukan sux ..but pembawakan majoriti yg poyo manakala otai yg semakin angkuh dengan kata kata. wake-up la wey ... berani la sket untuk bersuara.
berani hanya sekadar mempertahankan hak masing masing, apa takut.

::teringat satu kes - budak ni cakap mmg tinggi , badan pun besar dodi , ayat yg dia cakap semata mata nak sakitkan hati ialah .." ada aku kisah ? "
aku tampar muka dia , dia bangun ..
belum sempat dia nak mengeluarkan kata kata maki ?
aku tuang air teh o suam kat perut dia ..
last sekali dia ajak aku bertumbuk dan seara tiba tiba hati dia jadi lembut kerana aku dapat buktikan satu identiti yg dia akan secara automatik jadi lembut.
hampir setengah jam juga aku sekolahkan budak ni dan ajar dia apa itu makna kurang ajar.
minit ke 25 , air mata dia mengalir ... atas satu sebab aje ..
sebabnya dia mmg tak ada jawapan atas semua soalan soalan aku yg mencabar kejantanan dia..

betul kata Mnasir dgn maliq ... pegi tempat orang bawak otak bukan pisau .

.....akan bersambung lagi ..