Saturday, November 15, 2008

gift

antara signature yg boleh digunakan atas sebab promo :-


antara sticker kereta yg bakal diberi percuma masa dinner vf :-

Friday, November 14, 2008

tickle

why ? all of the sudden ?
this is not how i imagine the situation ...
..." dia sudah lupa ke apa yang dia ngadu kat aku dulu pasal kawan kawan dia yang sekarang berkawan dengan dia ? " kenapalah dia tak cermin diri sendiri , sedih tul..

----------------------------------------------
etc scenario

other story .. aku dituduh pulak jadi tulang belakang kat opis ni, padahal boss yang minta bantuan sebab dia tahu capability aku, tapi tulah , niat kita baik , orang anggap jahat .. entah apa lah nasib. tuhan tu kaya , adil lagi maha segalanya , aku pinta sedikit percikan keajaibanmu, yazal jalalil wal ikram....

----------------------------------------------
etc scenario

2 bulan aku hanya sempat buat 2-3 kertas kerja sahaja , bebaru ni faizal dan irsyad propose pada aku satu idea yg mana aku kena buat satu tree organisation dan timeline pasal event kementerian ... insyaAllah , ada rezeki , berisi la poket aku akan datang. aminnn..

----------------------------------------------
etc scenario

bini boss tanya , kenapa jadi macam itu ? aku tak tergamak nak cerita apa yang aku tau sebab kalau aku cerita kat 30 orang ni pun diorang pun akan setuju , arrogant , egos , sucker , imbacilt.. sigh*
takkan la aku pulak yg nak menjadi batu apinya... tak baik sungguh

---------------------------------------------
etc scenario

bebaru ini aku buat satu experimen , menjadi tuuu , sekarang aku dah dapat tau sapa yang jadi petualang ayam laga kat dunia biru. aku dah buktikan pun kat budak budak , dan budak budak nampak apa petualang tu dah buat.

---------------------------------------------
etc scenario

tuhan menduga aku dengan daifnya kehidupan , tapi aku reda, tak pe , hari ini hari nko sadiq .....esok esok hari aku pulak. sedih sungguh kurasa . mungkin tahun ni tahun sedih aku kot. but i'm cool , cool enough to tepis sana tepis sini ... biasalah , orang jantan ... takkan takut nak merentas arus kehidupan , ye tak ..?

--------------------------------------------
etc scenario

VF dinner dah nak dekat , aku tak de duit nak bayar fees .. lagipun , kerja aku dah abes .. malas nak libatkan diri lagi la ... tengok dari jauh jek la lepas ni , tapi nak men penball pulak nanti , mana pegi tournamen penball ni ... nak cakap kena sabotaj ? tak mungkin ... isk... tak percaya aku...

Monday, November 3, 2008

:: Kelaka hanya berjelaga ::

  1. Anugerah 'VF member' paling glamer lelaki terbaik 2008
  2. Anugerah 'VF member' paling glamer perempuan terbaik 2008
  3. Anugerah 'VF member' paling aktif lelaki ( daily pointer )
  4. Anugerah 'VF member' paling aktif perempuan ( daily pointer )
  5. Anugerah 'VF member' paling friendly 2008
  6. Anugerah 'VF member' 'suara emas' lelaki 2008
  7. Anugerah 'VF member' 'suara emas' wanita 2008
  8. Anugerah 'VF member' 'Duet' terbaik 2008
  9. Anugerah 'VF member' paling 'lawak' / lorat Terbaik 2008
  10. Anugerah Istimewa – JASA VF 2008
  11. Anugerah VF region terbaik :- a. VF southern, b. VF Central, c. VF North
  12. Anugerah 'VF member' harapan OTM lelaki terbaik 2008
  13. Anugerah 'VF member' harapan OTM wanita terbaik 2008
  14. Anugerah Artikel Terbaik VF 2008
  15. Anugerah Diskusi Terbaik VF 2008
  16. Anugerah 'VF member' paling popular 2008
  17. Cenderahati pengurus pengurus event VF sebelum ini


::: berikut adalah beberapa penambahan dan pembetulan yg di buat semasa sessi meeting dan brainstorming tempohari

::: PERHATIAN semua AJK :::

satu mesyuarat ajk akan di adakan pada hari Rabu malam Khamis , dam 9.30 , bertempat di warung Mamak Senyap Kg baru ... harap semua boleh hadir agar kita dapat brainstorming dan minimized segala permasalahan yg bakal timbul kelak.

..................................................................................................

out of the records
etc scenario :-

.... baru baru ni aku sangat letih kerana buat kertas kerja hingga tak tido , projek baru ni menjadikan aku sedikit hilang akal kerana idea serta metafore yg di keluarkan dari kepala hotak aku terlalu banyak. Ini membuatkan aku sentiasa mencari idea di majalah majalah dan blog kawan kawan. last kopek open house hari tu aku ke rumah salikin sidek. ada sapa sapa kenal sapa dia salikin ? member buat last kopek open house kat rumah baru dia kat Tiara Setiawangsa. harga value half a mill. sempoi jek setting interior tapi menarik. lama juga aku berbual dgn salikin. dia sebuk membenci astro pasal nak kena sponsor si mawi punya majlis kawin.

.... baru baru ini juga aku mula membuat homework secara terperinci . aku mencari faktor penulisan kreatif dan ayat ayat yg kemas dalam pembikinan script drama dan filem, semua ini aku kena submit dalam masa sebulan setengah, sebelum fly. minggu ini juga kena cari satu production company yg betul betul reliable . masa forum di ASK , potensi storyboard dan story telling aku menghairahkan panel utama termasuk senator jins . insyaAllah ... kalau nak ditakdirkan tuhan atas limpah kurnia dan rezeki yg mungkin dia beri pada aku, insyaAllah stage post production pada pihak aku akan jadi kenyataan. bridge brainstoming tak akan dibiarkan begitu aje. itu lain punya cerita. pening juga fikirkan 16hb ni ada perform kat Beach club. khas untuk Yamaha Asian Beat . kami memang tiap tiap tahun perform . cuma kali ni band kami perform lagu indon , letto permintaan hati. tapi rasa rasa music arrangement yg kami dah built untuk showmanship rasa rasa dah alhamdulillah lebih kurang mantap. sapa sapa kawan kawan yg nak support performance band kami, sila la menghadirkan diri pada hari tersebut.

.... di sebabkan aku berpindah pindah membaca dari blog mat salleh ke blog kawan kawan. aku dapat beberapa kesimpulan yg sangat mudah. tapi intention mat saleh buat blog sememangnya terlalu infomatif. banyak maklumat yg aku dapat serta ilmu yg aku perolehi . ada motivated poem, quotes, path, islamic knowledge selain dari diary harian mereka. jauh pula berbanding dengan kawan kawan melayu aku, semuanya hanya nak reveal aktiviti harian dan mengambil kesempatan menggunakan cara blog ini sebagai penyampai isi hati dan hasrat secara psikologi. aku rasa tak de satu pun moral yg aku dapat dalam pembacaan blog kawan kawan aku. sebab informatively ? of course 100% not . scenario hati dan perasaan, hmmm tak habes habes dia nak sampai kan itu ini pada 2nd party. what the heck. mmg la ini blog korang. korang punya suka la. tapi wake up la guys !!! .. looks like you guys make its so typical ... these scenario are not malay adult.

lama juga aku tak update blog yg sebegini. maklumlah .. cari makan kena betul betul. insyaAllah aku akan bertemu lagi

p/s: bagi wakil wakil dari geng Penang dan JB ... harap harap positioning anda dalam bantuan info yg saya perlukan adalah sangat statik.

Friday, October 10, 2008

::: Senarai Kategori :::


ini adalah antara senarai Anugerah yg dipertandingkan :-
  1. Anugerah chatters paling glamer lelaki terbaik 2008
  2. Anugerah chatters paling glamer perempuan terbaik 2008
  3. Anugerah chatters paling aktif lelaki ( based on daily pointer )
  4. Anugerah chatters paling aktif perempuan ( based on daily pointer )
  5. Anugerah chatters paling friendly 2008
  6. Anugerah chatters 'suara emas' lelaki 2008
  7. Anugerah chatters 'suara emas' wanita 2008
  8. Anugerah chatters 'Duet' terbaik 2008
  9. Anugerah chatters paling 'lawak' / lorat Terbaik 2008
  10. Anugerah Istimewa – JASA VF 2008
  11. Anugerah VF region terbaik :- a. VF southern, b. VF Central, c. VF North
  12. Anugerah chatters harapan OTM lelaki terbaik 2008
  13. Anugerah chatters harapan OTM wanita terbaik 2008
  14. Anugerah chatters paling popular VF 2008
  15. Cenderahati pengurus pengurus event VF sebelum ini


::: sekarang ada 14 Anugerah yg akan dipertandingkan dalam Dinner yg bersejarah ini, insyaAllah sekiranya ada tokok tambah serta idea untuk penambahan, sila beri pandangan dan pendapat anda , sila lampirkan dalam segmen komen di blog saya ini.

::: ahli-ahli dan warga VF yg lain bolehlah memulakan undian di pollpage yang disediakan oleh Faceless selepas annoucement dinaikkan.

::: semua penama penama yg tercalon dikehendaki hadir, tidak ada wakil wakil amik hadiah anda. dan mereka yg tercalon hendaklah menonjolkan diri di VF untuk apa sahaja agenda agar ahli yg baru boleh mengenali diri anda... ehehehe

::: setiap Anugerah hendaklah diisikan oleh 2 calon dari setiap region , 2 calon dari VF northern , 2 calon dari VF central manakala 2 calon lagi dari VF Southern.
kerjasama dari pihak 3 region ini adalah amat diperlukan.

::: Terdapat senarai nama-nama penyampai anugerah dari ahli komuniti VF secara berpasangan. Oleh yg demikian, para penyampai anugerah ini telah dipilih dan diberikan penghormatan mempamerkan character anda dengan gayanya diatas pentas.

::: Sudilah kira kamu semua yg terlibat mendoakan kejayaan Ajk yg sedang bertungkus lumus menjayakan Majlis yg mulia ini, insyaAllah.

::: di Sebabkan tema dan Dress Code untuk majlis ini ialah red Carpet , di sini saya ada menyertakan contoh gambar gambar glamer la kononnya... untuk menjelaskan lagi konsep pakaian yg harus anda pakai ...

::: feshen bertudung ekin dan kembar si Ain sempoi dan kemas ::

::: feshen penyampai era pun sempoi dan kemas :::

::: yg ini mmg glamour dan gedik santai / cun juga :::

::: aku nak tengok sapa pakai baju macam kaza :::

::: feshen bertudung maya karin .. kelas , anggun dan menawan :::

::: misha , ella& jojie menareekkkk seyy :::

::: walaupun benci kat muka nabil tapi pakaian dia ok :::

::: cool outfit , dibenarkan tapi kena kemas dan cantik :::

::: aku nak tengok sapa berani pakai baju yg Shidi pakai tu :::

::: yg ni pun ok , aku suka dressing si lelaki tu :::

This is my 2D skyview graphics paling sempoi yg tah apa apa ,
tapi setting ballroomnya lebih kurang macam tulah ye...


SILA PILIH MENU ANDA
(p/s: boleh tahan sedap masakan chefnya)

p/s : saya perlukan komen dan idea daripada pembaca . ezpecially dari ahli VF

Wednesday, October 8, 2008

:: tersentuh ku menjiwai ia ::

............................... 4 ,3 ,2 ,1 ...

aidilfitri masih dirayakan ,
syawal di hati tetap sebulan ,
andai kata salah silap harap maafkan ,
hati ini masih merinduimu kawan.

tersedak di pagi raya yang dimuliakan ,
ibarat teguran dan nasihat ibu, bapa dan taulan ,
tragedi menimpa tetap ditauladankan ,
kasih dan parut di hati siapa yang tau,kan.

syawal menjelma sebulan penuh kematangan,
menjadi pegangan bangsa dan kerohanian ,
antara petai , jering , intan dan berlian ,
sesungguhnya korang adikku yg sangat tersayang.

pedih hati sayu rindu dan kenakalan ,
begitulah lumrah hidup berkawan ,
usia lanjut mati pelbagai kejadian ,
kenangan manis menanti musim ketuaan .

tertusuk sembilu ketika ke masjid ,
lukanya menusuk hingga ke kulit yg akhir ,
berdarah , perit , pedih tidak bersakit,
umpama menangis mata tidak berair.

ampunkan aku maafkan aku kawan ,
mati tiada tempat di hati mahupun salam tangan ,
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kusujudkan ,
supaya si damia menilai salam.

sahabat sepusat sepusing sebilik sejamban ,
gelak marah nangis dan diketawakan ,
kita didunia sentiasa dikirakan ,
oleh yang mulia di bahu kanan.

insaflah kawan insaflah saudara ,
berkawan sampai mati kubur lain lain dunia ,
aku menantikan kemaafan duka dan lara ,
baik dosa dan pahala hati insyaAllah berubah juga.

syawal masih bergema pembuka dan pengakhir kata ,
hanya inilah sahaja cara ku meminta pengampunan ,
mungkin tidak secara kematangan ,
mungkin ini saja cara yang ada untukku meminta kemaafan.

akhirkata juga ku berair mata ,
kerenah ku pandang kuhimpun doa juga ,
buat kamu semua kawan2ku bersaudara ,
insyaAllah kamu dilindungi sentiasa olehNya.

p/s: syahdu syawalku masih terasa
kususun jari kuhimpunkan kemaafan
air mataku mengalir bukan diminta
kerana aku tahu menilai erti persahabatan


your luvly friend

hakim


Wednesday, October 1, 2008

Salam Aidil Fitri

assalamualaikum wbt kepada semua

....di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua orang yg menyambut , terutama kawan kawan di VF , dan jika ada maaf dan silapku di lubuk hati kamu semua , aku benar benar minta maaf... insyaAllah hidup kalian diberkati tuhan dalam doakan dari hari ke sehari ...

semalam sembat aku bayar zakat fitrah. dalam doaku di dalam masjid , aku bersyukur aku masih dihidupkan dan di beri pengalaman hidup dgan terusan ilmiah dan kerohanian yg cukup yang tuhan beri, alhamdulillah ... tapi masa bayar zakat semalam beratur panjang dan tiba-tiba.. Hani berbisik , babah , tengok sapa belakang babah ... aku toleh belakang aku hmm... norman hakim ...apa lagi , orang johor kalau dah berjumpa .. macam member lama la bila berbual...

lepas tu jumpa KAZA .. berbual kutuk kutuk gelak gelak .. dan lepas tu jumpa dgn mustafa maarof , masa berbual tu sempat juga dia menjemput ke opis PAPITA lepas raya nanti.. malu sey nak pegi...

pagi tadi pegi semahyang raya , ngam ngam sampai masjid dah nak mula semahyang .. sib baik sempat ...

..." ya Allah Ya tuhanku .. moga moga fitrahku kali ini membawa keberkatan dalam perjalanan hidup ku hingga ke akhirat..."


salam aidil fitri

your luvly friends - hakim ...