
a'kum wbt.
may Allah swt bless all of you.
"Allah humma solli'ala syaiidina muhammadini fatih... lima'khulika wal khatimi, lima'sabaqa wannasiril khaqi bil khaq.wal khaddi siratul mustakimm, wa'ala alihi hakka qadrihil waniqdarihil azimm..."
alhamdulillah... kita bertemu kembali setelah mood saya kembali untuk mencoretkan penulisan dalam blog saya. mudah-mudahan diberkati dengan ketulusan dan keikhlasan hati yg tak pernah disimpan dan ya tuhan !! jauhi diriku dari igauan rasukkan syaitan dan jauhkan diri aku dari sifat sifat seorang munafiq. insyaAllah.
--------
syukurlah ke hadrat illahi dgn limpah kurnianya syukur kita kerana berjumpa di sini dalam penulisan yg tidak seberapa seni dan bersyukur sekali lagi kepada tuhan kerana aku telah menempuh kehidupan yg perit dan beremosi semenjak dua menjak ini dan aku lega kerana masih dihidupkan selepas tidur.
baru baru ini, aku dapat mimpi yg sangat dahsyat. ia berlaku kerap 3-4 kali . mimpi yang sama. entah apa musibah pulak kali ini. tapi dalam minggu yg lepas banyak perkara yg berlaku dalam diri aku . dalam gembira aku menyimpan duka. duka terhadap kawan kawan. duka terhadap undang undang yg aku hormati. duka terhadap hati, jiwa dan raga. ya tuhan .. inikah dugaan awal darimu ? adakah ia sudah bermula..?
baru baru ini, aku berdepan dengan manusia manusia penakut. padahal sama taraf. yg makan di pinggan dan minum di cawan. kadang kadang aku terpikir tentang level kematangan aku. tidak layak sama sekali jika dibandingkan dgn mereka ini. tetapi pada mereka , mereka tetap hebat. bodoh lah . aku sebenarnya dah lupakan segala nestapa yg terbuku dalam hati . aku ingin berbaik , tapi dgn kesombongan dan ego . mereka tetap memburukkan lagi keadaan. mereka fikir mereka siapa? cuba lihat sekeliling. mereka dikelilingi oleh para pelakon yg jadi penyimpan . inikah kawan kawan yg dibangga banggakan? korang tak berpijak di bumi yang nyata. dimulut cakap lain , dalam hati cakap lain. hmmm...
dimulut cakap lain, dihati cakap lain... ini jenis kategori ape manusia seperti ini..?
aku sedar. kalau dulu, boleh hafal mereka sekeliling . sekarang , muka berubah muka. sebenarnya aku tak suka ini. tapi mereka suka. hati lain lain, mulut cakap lain. perangai lain lain. asyik cakap pasal hak masing masing , bodoh aku melayankan hal ini semua . kalau nak difikirkan dgn ayat yg ditaip, hanya dengan kematangan sahaja yg tahu membezakan. bak kata para ulamak " tuhan yg cipta kita dgn sempurna , kita yg buatkan diri kita tidak sempurna" balik balik , citer pasal hak , pasal diri yg tidak sempurna... bukankah adalah wajib kita mendidik dan memotivasikan diri kita ke arah kesempurnaan.? atau kamu yang bodohkan diri sendiri? belajar tak pernah pandai, buktikan lah kamu semua itu sempurna ... aku berani cabar dengan nyawa aku sendiri ...
-------------------
kertas kerja aku untuk Dinner VF sudah siap. tapi aku sebenarnya masih goyang dengan komitmen masing masing . kerana sesetengahnya sombong . aku peratikan ip address & dns number yang melewati blog ini. aku kenal mereka itu. bukan susah sangat nak detect. mereka baca. dan mereka faham. cuma bodoh jadi pelakon tak bertauliah. aku ada mata. aku ada telinga. jgn sekali kali memandang rendah dgn kebolehan orang. percayalah. aku berani jamin kerat jari . kau akan malu dan sedar pada masa yg ditentukan nanti. ramai yg jumpa dan bertanya dan ingin menghulurkan bantuan. kalau nak letak nama-nama kat sini. membazir space aku. kena ingat!! .. member YM, member mirc. tidak boleh memasukkan premis vf , melainkan mereka registered VF sendiri. ramai kawan aku nak join. aku halau saja mereka itu. insyaALLAH , kami akan cuba mati matian untuk menunjukkan kesempurnaan event tersebut.
---------------------
hari ni aku tido siang. terasa rugi sebab dah 2 hari aku tak tido. langsung. body heat tempreture pun dah berubah ubah. aku selalu begitu. bila aku ada keje design, selagi tak siap aku mesti tak tido sehingga kerja itu siap. aku kena sindrom itu balik. pernah aku duduk di depan pc dalam keadaan tido tetapi jari masih tetap menaip entah apamenda yg keluar. bermakna. badanku letih. otakku masih berjalan. sejak kebelakangan ini . geraham bongsu aku sakit macam nak mati. bahu aku sakit bukan kepalang. orang aje tak tahu aku menderita menahan kesakitan ini. mata aku pun masih belum baik. tapi tidak aku hiraukan semua itu. itu hanyalah alasan untuk aku membuang masa melayan kerenah penyakit yg mematikan dosa dosa kecil. aku apa peduli ... nak sakit ... biarlah sakit sampai mati.
p/s : paging for doktor. i really need your help.
p/s : hati aku , jantung aku ...lagi sakit !!!!
Thursday, July 17, 2008
thursday hurting myself
Posted by
mangsa_kebakaran
at
7:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


10 comments:
mulut lain tp ati lain ermmm....
itu sudah biasa...
dn byk juge yg sya tlh nmpak yg cmni...
sya juge?? itu mungkin juge hehe
but yg plg penting...
jage kesihatan kamu oke!!
klau kamu ngadu sakit2 lg...sya tarik tinger kamu gi jmpe doc!!
n when sya leh brani taip yg cmni!! mna brani aku yg dulu??
bkn x brani tp malas mau lyn yg ske think negatif :>
???????????????
oyin bucuk :P:P
yin bucuk??
r u sure??
oke...i'll remember that words :>
hahhaha......akim nie kene org jaga...aku rasa nak gari jerr pastu sumbang pergi jumpa doktor..tahan dlm wad :)):))
oyin - kau kan adik bucuk dier :)):))
mulut kata lain hati kata lain...haha,APA KATA HATI?? well bro, it's cliche phenome lah..it'll happen anywhere and anytime..
sebenarnye lagi bgs kita tahu siapa musuh kita yg sebenar rather than org itu ikut telunjuk kita tetapi hati mereka teramatlah busuk..
so,be aware with this type of peoples..they're really2 dangerous..(please dont try this at home!) haha..
Apa pun yg berlaku dalam hidup pasti ada hikmah dan petunjuk yg Allah swt berikan pada kite...
Seme itu terpulang pada diri sama ada kite sedar bahawa segala apa yg datang dalam hidup itu baik atau buruk..mahu berubah atau tidak... :)
khohokhohk ape jek :-J
hope abg akim paham :*
yg penting semua org ader pegangan idup serta guna akal tuu sebaiknya222kerna mulut bdn binasa..tak lama lahh tuu kene cantas tuu..wadus...tak pernah serik2 ker dier tuu
akim ~ ko ni kne dok dibawah jagaan nurse yg cun² kot :P
momok !!! ... kalau betul masin mulutmu .... aku belanja kau beriyani ...
dinner vf ??
bile ni?
bile ?
huhuhuhuh
mau juin..
mau juin..
-icha-
Post a Comment