
assalamualaikum wbt ...
alhamdulilahirabbil alamin, wahlul mukhlasal milisani yakafukauli. ya rabbal alamin.
berjumpa lagi kita pada pagi ini dan bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dapat dihidupkan kembali dengan waras dan kematangan pada hari ni . sesungguhnya DIA yg menghidupkan dan mematikan kita sehendaknya dan mengucap dua kalimah syahadah antara cara terbaik kita berterima kasih dan syukur alhamdulillah sekali lagi dengan limpah kurniaNya.
di dalam waktu kesibukan kota ini, aku juga terlalu sibuk. sibuk mengejar hutang dan payment yg masih belom lepas. biasalah, dah nama pun kerja. kerja aku sebagai pereka grafik semakin mencabar dengan adanya beberapa proposal baru yg masih belom siap di tangan. alhamdulillah takdir tuhan mengajar aku erti bersabar dan mengenal erti hidup. selama 8 tahun aku hampir mati akibat sakit jiwa, sakit jantung, sakit otak dan semuanya akibat kebodohan orang yg suka mengambil kesempatan ke atas nilai kemanusiaan dan kemahiran yg tuhan berikan terhadap aku. sesungguhnya aku sangat bagus dalam kerja. syukur alhamdulillah.
baru baru ini aku dapati nasibku semakin kurang baik. ini semua adalah akibat aku leka dengan imaginasi aku yang sudah jauh melayang. hasil kerja aku kurang memuaskan. otak dan fikiran aku berjalan dan bergerak terlalu laju dari setiap minit dan setiap saat. berat badan semakin berkurangan. disebabkan banyak proposal yg belom siap aku sentiasa tak tido. tak tido kerana memikirkan kerja yg belom siap. memikirkan cara pengolahan terbaik dalam kertas kerja yg sememangnya selama ini menjadi hasil kerja terbaik aku. eheheehehe . bukan ego , seperti sesetengah orang. dan kita bukan orang yg berperasanova. (pointing finger)
sebelum ini aku rasa dunia di Kuala Lumpur penuh dengan kematangan. tetapi tidak sama sekali. ramai orang pentingkan diri sendiri. sikap profesionalisma sesetengah orang melayu di Kuala Lumpur terlalu menampakkan mementingkan diri sendiri lebih kepada keburukan personaliti. ia terbukti. jika hendak dibagikan contoh, tengok sahaja adik beradik aku. tujuh tujuh lulusan universiti. kerja? toksah tanyala. hingga kini atitude masing masing sangat berbeza. yg jadi bos , engineer, pakar komputer, bankers , surveyor perghhhh... tuhan itu maha kaya dan adil bukan. memintalah dengan cara yg betul . DIA maha kaya. DIA bagi, insyaAllah. tinggal lagi kita sebagai manusia tidak haruslah berpikiran kolot. aku juga datang dari kampung. cara hidup yg aku lalui semenjak berpetualang di seluruh pelusuk negeri, masyaAllah, bermacam ragam aku jumpa perangai manusia ni. kesimpulannya . manusia yg aku lihat sungguh sempoi adalah yg paling baik. ini terbukti . jika tak percaya , buka mata anda besar besar. jgn buta mata, buta hati.
sebagai insan yg dimulikan di muka bumi ini, dinasihatkan agar menjaga tatatertib dan budi pekerti semata mata hanyalah untuk mendapat kepercayaan orang sekeliling. " bak kata pepatah : kerana pulut santan binasa " , " akibat nila setitik , rosak susu sebelanga " apakah maknanya ? adakah kita benar benar faham faham dengan pepatah tersebut ? jika aku nak korang fikir, sampai mampus pun aku rasa tak berubah. biasalah. dah tua , cemana nak lentur, ye tak? tapi pada kawan kawan aku , dalam ramai ramai tu aku kenal sapa yg elok, sapa yg tak elok. jangan fikir bertudung itu molek. jgn fikir yang jahat itu setan. sesiapapun tak de hak menghakimi manusia lain. full stop.
di pagi isnin yg dimuliakan ini, aku mengambil kesempatan ini untuk menasihati semua pembaca yg dirahmati tuhan, lebih lebih lagi rakan rakan seperjuangan, agar sentiasa merendah diri, ramah tamah dengan penuh keberkatan. tidak sombong dan angkuh. mudah meminta maaf jika melakukan kesalahan walaupun ianya sekecil kuman. entah apa yg susah entah. manusia zaman sekarang ni nak minta maaf pun susah, kan ? berlagak alim no. 1 . hakikatnya erms... sudah sudah lah tu . kepada yg curi duit aku tu, seratus ribu pun tak buat aku mati kebuluran ; insyaAllah , tuhan akan membalas dengan setimpalnya. makanlah duit haram itu hingga ke anak cucu. aku hanya mampu ketawa dari jauh melihat balasan cash yg tuhan bagi di dunia, nauzubillah.
wasalamu bilkhairi ajma'in
p/s: kekadang terpikir kita selalu berdoa dan minta pertolongan dariNYA , tapi tak makbul. mungkin cara kita minta itu tak betul atau salah atau tak berapa cantik..
Monday, August 4, 2008
:: isnin yg berlegar di minda ::
Posted by
mangsa_kebakaran
at
7:25 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
"kepada yg curi duit aku tu, seratus ribu pun tak buat aku mati kebuluran ; insyaAllah , tuhan akan membalas dengan setimpalnya. makanlah duit haram itu hingga ke anak cucu. aku hanya mampu ketawa dari jauh melihat balasan cash yg tuhan bagi di dunia, nauzubillah."
cuma pesanku padamu kawan... jgn meludah ke langit.......
ada BRAN letak nama sendiri ke ?
ehehehe
habeskan la pepatah tu ..
( lot of laugh )
Post a Comment