............................... 4 ,3 ,2 ,1 ...
aidilfitri masih dirayakan ,
syawal di hati tetap sebulan ,
andai kata salah silap harap maafkan ,
hati ini masih merinduimu kawan.
tersedak di pagi raya yang dimuliakan ,
ibarat teguran dan nasihat ibu, bapa dan taulan ,
tragedi menimpa tetap ditauladankan ,
kasih dan parut di hati siapa yang tau,kan.
syawal menjelma sebulan penuh kematangan,
menjadi pegangan bangsa dan kerohanian ,
antara petai , jering , intan dan berlian ,
sesungguhnya korang adikku yg sangat tersayang.
pedih hati sayu rindu dan kenakalan ,
begitulah lumrah hidup berkawan ,
usia lanjut mati pelbagai kejadian ,
kenangan manis menanti musim ketuaan .
tertusuk sembilu ketika ke masjid ,
lukanya menusuk hingga ke kulit yg akhir ,
berdarah , perit , pedih tidak bersakit,
umpama menangis mata tidak berair.
ampunkan aku maafkan aku kawan ,
mati tiada tempat di hati mahupun salam tangan ,
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kusujudkan ,
supaya si damia menilai salam.
sahabat sepusat sepusing sebilik sejamban ,
gelak marah nangis dan diketawakan ,
kita didunia sentiasa dikirakan ,
oleh yang mulia di bahu kanan.
insaflah kawan insaflah saudara ,
berkawan sampai mati kubur lain lain dunia ,
aku menantikan kemaafan duka dan lara ,
baik dosa dan pahala hati insyaAllah berubah juga.
syawal masih bergema pembuka dan pengakhir kata ,
hanya inilah sahaja cara ku meminta pengampunan ,
mungkin tidak secara kematangan ,
mungkin ini saja cara yang ada untukku meminta kemaafan.
akhirkata juga ku berair mata ,
kerenah ku pandang kuhimpun doa juga ,
buat kamu semua kawan2ku bersaudara ,
insyaAllah kamu dilindungi sentiasa olehNya.
p/s: syahdu syawalku masih terasa
kususun jari kuhimpunkan kemaafan
air mataku mengalir bukan diminta
kerana aku tahu menilai erti persahabatan
your luvly friend
hakim
Wednesday, October 8, 2008
:: tersentuh ku menjiwai ia ::
Posted by
mangsa_kebakaran
at
3:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
salam..
mcm penah dgr je nick neh..tp d mana ya..
tnya sket..entri neh..nukilan sedara sendiri ke?
ya , segalanya adalah nukilan asli saya.. kenapa ye?
Post a Comment