Thursday, February 26, 2009

appologies

scene 1 ::

mmg patut pun aku minta maaf pada semua. aku dah hilang konsentrasi nak update blog aku ni. namun kita masih ada sakit baki pengharapan yg mahu aku semat dalam coretan yg hina ini.

selamat pagi dan assalamualaikum wbt ....

mmg benar ramai yg tanya kenapa aku slow di vf ... di ym dan internet . semenjak arianna kuar masuk spital , aku rasa jiwa aku untuk beriadah bersama kawan kawan menjadi kurang. ya mmg benar, aku mmg cuba sedaya upaya untuk berhenti aktif di VF . tidak boleh dinafikan mmg payah nak berenti vf . kerana hari hari ada aje geng2 vf call ajak lepak dan minum minum. bagaimanakah itu..? tapi kini mungkin semakin suram. financially not permitted. aku rasa sekarang ni aku harus hindari beberapa perkara iaitu terlalu rapat dgn beberapa orang kawan.

dalam dunia ini kita mmg tak patut percaya pada manusia walaupun kawan baik kita sendiri. ini adalah kerana kawan baik kita adalah musuh kita paling utama kerana segala rahsia kita mmg ada di genggaman dia. bila bila masa sahaja dia bole utarakan segala galanya. namun begitu, kita haruslah berhati hati ya.

scene 2 ::

ada 2 orang rakan aku yg berada di kelab VF putrajaya, mmg aku nak minta ampun dan maaf kerana aku sepi tanpa berita. aku sibuk. bukan sibuk melarikan diri atau kerja... tetapi sibuk almaklum lah semenjak arianna kuar masuk spital, aku dah jarang kontek korang . tapi jgn risau. janji aku pada korang berdua tetap akan aku tunaikan. aku mmg ada janji dgn kau berdua. tapi minta maaf la. tolong bagi aku selesaikan masalah arianna dulu. Insyallah, dan aku mohon jasa baik korang berdua untuk memahami kedudukan aku disini. aku terhutang budi dengan korang berdua. terima kasih

scene 3 ::

liga futsal KL sudah bermula. kami sudah bersedia untuk mempertahankan kejuaraan. pada yg pernah friendly, maaflah ye. bukan kerana kami tidak bersungguh sungguh. sudi-sudikan lah bertanya kepada para para dewa tentang keupayaan kami .

scene 4 ::

ya Allah , ya tuhanku. tunjukkan lah kami jalan yg benar dan diredai. ampunilah kedua ibu bapa kami .berikanlah kami kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup di tengah tengah kota yg penuh dugaan dan pancaroba. murahkan la rezeki kami. kuatkanlah semangat dan kederat kami untuk beriman dan bertaqwa kepadamu. sesungguhnya kau yg maha pengasih lagi maha kaya dan maha pengasihani. mohon kami menuntut sedikit kekayaanmu. ludahi kami dengan rezekimu yg berlipat kali ganda. jadikanlah kami jutawan jutawan yg beriman. isnyaAllah.
aminnnnmm ... taqabarallahu waminkum ...

No comments: