abang aku baru 3 hari meninggal. aku tak tahu kat mana aku nak ngadu kesedihan yg teramat sangat. selepas satu satu hal jadi . dugaan yg tuhan bagi , masyaAllah ..
abang aku yg meninggal hari ahad lepas adalah akibat organ dalaman yg tidak function setelah hampir 20 tahun keluar masuk hospital akibat penyakit buah pinggan. mmg tidak boleh dinafikan walaupun dia sudah buat transplan ( pemindahan buah pinggang ) , dia masih tetap kena dialisis di HSa . bakteria Vural sudah sudah menjangkau jauh lebih dalam di dalam organ menyebabkan beliau terlalu amat sakit hinggakan air dalam badan menjadi keruh . mmg tidak sempat untuk dialisis . keegoan doktor pakar kerajaan antara sebab juga beliau meninggal dunia. secara teknikal mmg ramai orang tahu keadaan beliau boleh di selamat jika di bedah awal . ajal .
padahal sabtu tu aku baru balik dari jb dan sampai kl sebab nak buat submision .. biasala keje kuat .. nak kumpul harta balik .. nak bayar hutang kawan2 lagi .. tapi tengahari tu mak tepon nangis2 suruh patah balik ... maka lepas submission dan presentation aku pulang . maka kepastian yg aku dapat ialah ... hadiah hari jadi aku pada kali ini ialah pemergian dia .
(penulis menangis)
beliau meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak perempuan yg sudah pun meraung kerana sedar dari tido yg menjanjikan mereka sudah tiada bapa. kereta dan company serta syarikat syarikat segala2 tergendala. ya tuhan . mcmana aku nak selesaikan . aku bukannya tahu apa deal dia dgn semua syarikat JV dia. percentage ke , aset ? capex ...dan opex ..hmmm nak kena buat homework sket.
aku amat sedih . aku pernah bertengkar mulut dgn dia ... gaduh mulut gila babi punya gaduh . tahu aje lah orang johor kalau bergaduh .. kalau tak maki kaw kaw ... bukan orang johor namanya .. tapi lately .. dia rapat dgn aku . aku dan dia jadi team yg kuat dalam projek projek di putrajaya. sekarang.. ? aku harus teruskan dan tak mau ianya terbengkalai
aku dah makin sakit otak dan mental sekarang ni ... last 2 bulan setengah semenjak Arianna sakit kuat. aku hampir hilang pertimbangan tatkala dia diberi treatment intensif. sebab kalau umur dalam 4-5 bulan tulang terlalu rapuh untuk di bedah atau operate . masa tu kesemua savings yg aku aku keluarkan sebab baby pun baru beberapa bulan. nak insuran pun mana mampu. dan segala harta menda sudah ku jual. nak harap janji kawan kawan yg cakap nak tolong itu ini . lupakan aje la . keadaan susah aku , ku laratkan lagi bersengkang mata menguruskan jenazah ketika mayat dia tiba di rumah. ketika kes aku ni .. aruah lah yg banyak membantu ... sigh*
sekarang ni , nak online pun , tak semangat . lagi pun streamyx dah kena potong . ini pun online sebab ada open line .. curi lain je keje aku .
satu perkara yg aku belajar dalam hidup ini ialah berhati hati memilih kawan. tatkala aku lihat kawan kawan aruah abang aku meninggal hari tu .. ketika mayat baru sampai . blood blood brader aruah abang aku ni tidak payah dia beritau , langsung sengseng lengan dan leher hulur bantuan mati matian .. tenaga wang ringgit .. tangisan .. tatkala mandi mayat , air mata smeua mengalir . mmg semua tak sangka beliau tinggalkan begitu awal . umur pun baru 40 .
apa yg tambah menyedihkan lagi .. satu perkara yg orang patut tahu kenapa aku terlalu sedih ialah ...
wife beliau baru kena operate sebab kena breast cancer . dah potong pun . so dalam treatmen chemotherapy ... tau aje la dalam rawatan chemo ni .. walaupun breast cancer dia pun sudah masuk stage 4 .. sebab tu operate ..
pagi ahad tu .. ramai yg menangis termasuk aku sebab macamana nak sampaikan kat wife abang aku ni yg abang aku dah tak de .. husban and wife terlantar pada masa yg sama tapi hospital lain lain .. sorang kat HSA .. sorang kat HSS mount austin . akak aku yg sulong takecharge amik wife dia yg sedang kuarantin dalam HSS bawa pulang beberapa jam untuk melihat jenazah kali terakhir sebelum kami orang orang lelaki bawa ke kubur berhampiran. tangisan penuh pada saudara mara yg tahu keadaan . Imam Zaidi dan Imam mahat datang hulur bantuan .. Datuk bandar Jb Datuk Naim pun datang HJ Fadhil GM ICT majlis. ex SUK . keluarga tengku faizal .. dan beberapa vIP datang melawat .. imam Mahat ( imam besar Negeri ) berkali kali sebut .. beliau orang baik, beliau orang baik ... masa tu air mata aku mengalir tak berenti renti .
hampir 2 minggu jugak aku ulang alik sebab .. adik beradik aku pun tak ramai .. kita harus ambil tanggungjawab dan take part pada certain case yg mampu kita pegang dan sejak akhir akhir ni keadaan makin kritikal dan penuh menyayat hati ketika sadaqallah.
sadaqallahul' azim..
(hanya kawan2 tempat aku mengadu) tak sanggup aku nak teruskan lagi .. sambung di lain kali .. insyaAllah..


2 comments:
bro saba bro... tu sume dugaan.. hadapi ngan tabah.. [penyet ]
thanx agus
Post a Comment