method yg paling mudah. simple psychology. manusia zaman sekarang senang jadi monyet, umpama kera kena belacan akibat salah sendiri yg terbuka penuh dgn pekung di dada. dgn manusia nak berdepan , takut . dgn tuhan tak takut .. nauzzubillah.
len kali .. kena kenal dgn sapa korang berkawan. dan tak semua kawan korang tu mudah untuk mengaku kawan sejati yg benar benar nama sebagai seorang sahabat.
jadi kesimpulannya, len kali bila bersuara , pandang kiri kanan. jgn rasa diri hebat untuk memukul canang. sebab pulut santan binasa.
asma tak bersalah dalam banyak perkara.
dalam blog ini aku sangat marah dlm 2 perkara yg paling ketara. tapi ianya antara aku dgn asma sahaja. dan pada sapa sapa yg tak puas hati dgn penulisan aku, dan jika benar berdepanlah dgn aku untuk membuktikan hal yg sebenar. kita orang melayu , takkan bahasa ibunda pun susah nak faham. bila ckp bodoh tau pulak marah.
aku akan padam banyak perkara dalam blog yg hina ini. tapi kena ingat. janji tetap janji. aku tetap pegang pada janji dgn penuh tanggungjawab.
tuhan sentiasa berada di pihak yg benar. ya Qhaiyu , ya Qhaiyum , kun faiyakun , yazal jalalil wal ikram. wallahu alam misawab..
p/s: kasihanlah kat org pompuan zaman sekarang. hebat tak bertempat. dah sekarang , semua menda dah delete. sib baik aku save banyak menda kat blog masing masing. kan aku dah cakap tuhan tu maha adil. better learn that ...
-------------------------------------------------------------
firasat dan tauladan ::
(ihsan musafir ilmu)
Ukhuwwah dan cinta ini, mempunyai dua persamaan yang besar.
Pertama, kedua-duanya perlu dibangunkan atas keimanan yang benar kepada ALLAH. Barulah ukhuwwah dan cinta ini akan terserlah kesejatiannya.
Kedua, kedua-duanya perlu dimulakan dengan pemberian.
“ Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia mencintai sahabatnya, apa yang dia cintai pada dirinya” Al-Hadith.
Semua orang boleh sebut bermacam perkataan – ukhuwwah fillah, uhibbukafillah, kita berukhuwwah kerana ALLAH, saya mencintai kamu kerana ALLAH, baitul muslim, keluarga sakeenah – dan pelbagai lagi ayat-ayat islamik yang mengiringi dua perkara itu iaitu "cinta dan ukhuwah"... Mengetahui perkataan-perkataan itu menunjukkan bahawa manusia sedar akan keimanan kepada ALLAH adalah tiang paling utuh untuk membangunkan dua perkara itu dalam kehidupan insan.
Masalah mula muncul bila tiba ke peringkat kedua.
Pemberian.

Siapakah yang berani memberi terlebih dahulu?
Inilah yang membuatkan Cinta dan Ukhuwwah ini menjadi sekadar lambakan isu hangat di dalam blog dan website, serta tema popular dalam penulisan Novel dan Cerpen serta drama-drama dan filem. Tetapi hendak membumikan dua perkara ini dalam kehidupan, jarang-jarang dapat kita lihat.
Tiada siapa yang berani sebenarnya hendak memulakan ukhuwwah dan cinta. Hal ini kerana, di belakang dua perkara itu terdapat satu perkara yang manusia tidak berapa berminat dengannya. Itulah dia PENGORBANAN.

Manusia senang mengorbankan sesuatu jika mendapat balasan. Tetapi, manusia akan berkira-kira terlebih dahulu jika pengorbanannya itu mempunyai dua kemungkinan, dibalasi atau dilupakan. Inilah yang membuatkan Ukhuwwah dan Cinta sukar bercambah dalam kehidupan insan. Tiada ramai yang berusaha untuk memberi. Ramai suka untuk menerima sahaja. Sedangkan pemberi itu adalah sumber. Jika kekurangan sumber, bagaimana hendak bercambah?
Contohnya mudah. Ada dua orang manusia, saling kenal mengenali, tetapi bila seorang kawan menghadapi masalah, seorang yang lain akan berkata,
“ Ala, kalau aku tolong pun, bukannya aku dapat apa-apa”
Ataupun, dalam situasi lain, seorang sahabat sudah memberi. Dia membeli hadiah bila hari lahir sahabatnya tiba, dia mengambil berat akan sahabatnya, dia sentiasa bersama sahabatnya dan sebagainya. Tetapi sahabatnya itu pula tidak menjadi pemberi. Dia senang menerima sahaja. Dia tidak berapa suka hendak mengeluarkan wangnya untuk sahabatnya yang baik itu, malah dia hanya mencari sahabatnya itu bila susah, pendek kata, dia hanya mempergunakan sahabatnya itu sahaja, lebih teruk lagi dia meragui pula keikhlasan sahabatnya itu. Maka ukhuwwah satu hala ini tidak akan mampu bercambah dengan baik. Bila-bila masa sahaja salah satu dari dua pihak itu akan bersengketa.
Manusia ramai yang bersikap sedemikian. Suasana inilah yang menyekat percambahan ukhuwwah dan kecintaan dalam kehidupan insan.

No comments:
Post a Comment