... hari ini aku rasa dada aku amat sakit sekali. dalam keadaan yg susah nak berjalan, aku gagahkan diri jugak untuk berjuang untuk bangun dan solat. mata aku dah mula bengkak balik sebab memikirkan orang yg paling aku sayang. ijn pun sudah tidak berguna lagi. hanya jarum yg boleh memastikan kelegaan dan tido . aku sudah penat .
sabtu, aku call Hj Selamat. mmg kali ini aku harus berjuang untuk hidup mati matian kerana syaitan yg dihantar amatlah kuat sekali. yg di tangkap dan dibuang hari tu datang balik dan melekat kat cucu Hj Selamat. simtomnya sama , mata jadi biru dan bengkak , tulang keting di kaki jadi sakit dan susah nak berjalan. berat badan perlahan lahan makin susut. aku disuruh ulangi apa yg dibuat. termasuk 313 , 500 dan 700 ayatul kursi. demi tuhan aku akan gapai cabaran yg amatlah berat untuk dipikul itu.
semenjak makan tahi cacing tu, aku bertahan 5 hari sahaja untuk tidak muntah keluarkan darah. tapi kelmarin aku di paksa ulang kembali dan harus di baca dahulu. nampak benar tahi cacing tu tawarkan sistem pengaliran santau dalam darah. dan mengakibatkan racun tu semua keluar perlahan lahan. tapi dapatkah aku menahan dan berjuang untuk hidup lebih lama lagi ... terdapat 1 nama yg terpahat dalam hati sentiasa jadi sebutan . aku masih mengharap .... harapan yg takkan pudar dan sentiasa menunggu hingga akhir hayat.
sekiranya aku didapati tenat. upacan ikhlas di telinga aku juga sangat memadai untuk membuktikan si dia juga tidak mahu kehilangan aku ..
insyaAllah , tuhan maha pengampun . akhir kata pada hari ini , sekiranya di izikan tuhan moga moga kepada sesiapa yg aku buat dosa itu , agar tuhan bukakan hati dia untuk memaafkan aku yg tidak bermaya tapi tetap cekal untuk hidup dan berjuang untuk kebenaran yg sahih .


No comments:
Post a Comment