sekarang baru aku merasai bagaimana diri aku tidak diperlukan oleh asma lagi ..
mungkin juga dia tak baca pun apa yg aku coretkan disini, mungkin juga padanya,
aku sekadar mengemis perhatian dan buat dia rasa bersalah. oh tidak.
di mana lagi aku nak mengadu nasib selain di atas sejadah ? di sini lah tempatnya ...
ya tuhan .. kenapa sungguh berat dugaan yg kau biarkan aku pikul sendirian ..?
hari hari aku memikirkan tentangnya .. walaupun aku dalam keadaan yg sangat sangat lemah , tidak mengenal nasi dan masa yg berdetik berlalu .. ya tuhan ! lemahnya aku sekarang ini..
mata aku semakin hitam kerana tidak cukup tido , atau mungkin aku sedang cuba bertahankan airmata aku yg sentiasa tidak keruan untuk mengalir sepanjang masa dan waktu ... sekarang aku dah jadi penangis yg tegar ..walaupun di atas sejadah ..
tatkala masa berlalu , sentiasa aku memikirkan ..
- dimanakah dia sekarang ini ?
- apakah yg dia sedang buat sekarang ?
- apakah sudah ada benci pada aku ?
- adakah dia masih sentiasa sms 'budak' itu sambil tersenyum ?
- apakah dia benar benar rela dan redha dgn ketiadaan aku di sisi ?
- apakah mmg benar hatinya merelakan kulit tangannya disentuh
dan dibelai oleh 'budak' itu ?
ya Allahhhhhhhhhhh .. aku hari hari membayangkan dia bersama orang lain seolah olah jijiknya aku ini ... titisan air mata aku ketika aku mencoretkan penulisan ini mmg langsung tidak bermakna baginya lagi .. kaulah la secangkir blog yg aku hormati jadi tempat aku mengadu.. tiada tempat lain lagi selain padaMu , ya tuhan .. aku tak sanggup lagi ..
aku tak sanggup lagi membayangkan senyumannya yg bukan untuk aku ... itulah adalah antara sebab aku sentiasa menangis ... tapi doa aku pada dia ya tuhan ..
lindungilah dia ... jika benar itu yg ditakdirkan untuk dia bahagia .. pastikanlah ianya berkekalan
hingga ke akhir hayat dia .. sesungguhnya cinta aku pada dia hanya ada pada sekeping doa aku pada Mu yg Allah, tuhan sekelian alam ..
aku masih terus menangisi nurasma .. sambil melayani kesemua lagu dibawah ini dgn penuh tangis dan syahdu ..
malam ini .. aku menangisi pemergian kenangan aku bersamanya walaupun buat kali terakhir..
aku cuba ia untuk mati...


No comments:
Post a Comment