Monday, February 15, 2010

seperkara lagi ..

maaf aku asma . aku sangat luka parah dan aku sangat sangat menderita akan hal kita ini . aku rasa kau tak faham betapa teruk dan parahnya aku ini. lebih 3 kali kau marahkan aku di sebabkan dia dan akhirnya kau mengaku kau suka dia walaupun sementah 22 tahun. tapi aku tetap dgn janji aku pada kau.


apa kau sudah lupa segala kenangan yg kita lalui ?
sememangnya akan luput dalam ingatan aku semuanya pada pagi esok.
biar aku tangisi pemergian kau. sejahat mana kelakuan aku selepas ini,
akan aku pikul walaupun jika ditakdirkan aku yg diseru dahulu .

matamu , tawamu , jiwamu ,selembut kasihmu yg ku simpan dalam hati ini, akan aku kuburkan dalam jantung aku . dan selagi dia berdegup , selagi itu cinta aku tak pernah padam bersama kenangan yg paling manis. hanya blog ini pengganti diri untuk mengadu segala hal. bukan lagi pada mereka. sah tak ada gunanya bercakap. blog ini juga yg menjadi saksi kejujuran air mata aku yg kian kering setiap saat kerana dimamah derita.

aku sudah tekad untuk ignore. dan kau pun suka ianya jadi begini . bukankah berkali kali yg kau pinta ini untuk berlaku . maka berlaku la dgn takdir tuhan .

hanya tuhan yg sedar dan hargai air mata aku sekarang ini . tidak pada sesiapa pun .
ampunkan aku ya tuhan.
ampunkan aku asma.
selamat tinggal ...

1 comment:

Anonymous said...

begitu mendalam cinta kamu pada asma..akak tak mampu untuk merasainya..kamu yang merasa dan menanggungnya

namun ingatlah dik..melalui coretan ini..seolah2 asma lebih kamu cintai berbanding Allah dan RAsulNya..

sebab itu jiwa kamu amat menderita..dan orang yang membaca coretan kamu juga turut rasa menderita

siapalah asma berbanding Allah..yang telah memberi segala nikmat terhadap makhluk..usahlah dipertuhan asma dalam pengabdian cintamu dik..kembalilah kepada Allah..Allah lah sumber cinta

ya..mungkin kamu rasa kecewa kerana lelaki yang terlibat dgn asma bukan lelaki yang sepadan..tapi percayalah..cepat atau lambat..asma akan mengakui segala kebenaran kerisauan kamu..satu hari asma akan dikecewakan (jika benarlah lelaki tersebut tidaklah sebaik mana)

nasihat sudah kamu beri..segala usaha sudah kamu lakukan untuk menyelamatkan asma..jadi sekarang..tugasmu sudah selesai..ada satu tugas penting kamu yang telah kamu abaikan..(mungkin tidak kamu catatkan di sini)

iaitu..perhatikanlah isteri dan dan anak2 mu..merekalah harta kamu sekarang..mereka lah anugerah yang tuhan beri kepadamu..hargailah..jangan sampai kamu menangis sekali lagi dengan penuh kekecewaan


soal asma..percayalah..jika ada jodoh kamu..beberapa tahun kemudian..5 tahun..10 tahun..semuanya akan kembali normal

bangkitlah dik.. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang

- kak fatimahanim