Thursday, February 18, 2010

doaku nurasma..

tiap tiap malam aku menangis , laparnya ku rasa, ya tuhan. duit pulak tgh tak ada. dalam demam macam ni, tak terdaya aku nak keluar mencari sebungkus roti untuk mengalas perut. aku terasa ngantuk yg amat sangat. tapi tangisanku mmg tak bole membuatkan aku mahu tido dgn nyenyak. Ya ,tuhan .. kenapa sampai macam ni , penderitaan yang kau beri pada aku ..? kenapa ? ..

bismillah..,
" Ya, Allah ya tuhan yg ku kasihi. cucurilah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan ampunkanlah kedua ibu bapa ku. ampunilah keberatan dosa Mohd Fadzilullah.

Ya Allah, ya Rahman, Ya Rahim . Kau kekalkan lah senyuman nurasma tatkala dia sdg bahagia di samping orang yg dia sayang dan suka. jadikanlah dia anak yg baik di bawah naungan ibu bapa dia. lindungilah dia dari segala mala petaka dan bencana. ampunkan dia nurasma md ismail, ya Allah . Aku sangat sayangkan dia , aku terlalu amat rindukan dia . aku nangiskan pemergian dia jauh dariku. airmata ku yg mengalir setiap hari ku ibaratkan sebagai nyawaku , cintaku , kasihku , sayangnya aku yg amat , terhadap dia. Kau maha adil dan maha kaya lagi maha pengasihani , berikanlah secebis rahmat yg ku pohonkan ini kepadanya. agar kebahagian dan cinta sejati yg dia temui ini biarlah berkekalan hendaknya.

Ya, Allah, Ya Rahman, Ya Rahim . Hanya ku pohon restu darimu. bukan jodohku yg kupinta dari mu. sesungguhnya ianya takdir atas restumu untuk aku melihat dia buat kali terakhir . sesungguhnya kau maha penyayang. aku dah tak sanggup lagi menanggung derita percintaan aku pada dia. jika kau merestui aku , nyawaku di tanganmu , silakanlah kau buat satu keputusan agar ianya memuaskan hati aku , mahupun dia, agar aku luput dalam ingatan dia. sekiranya perlu, kau ambilnya nyawa yg sedang derita ini .agar dia bahagia di samping orang yg dia suka sekarang ini. kau ampunkan dosa dia, berikan lah dia rezeki dan rahmat pengampunanmu. limpahkan dia kasih sayang yg sejati . kau bukakanlah pintu rezekinya agar kebahagiaan yg dia kecapi itu di kongsi bersama ibu dan bapa serta adik beradiknya.

Ya, tuhan yg aku kasihi. ajal aku di tanganmu , air mataku hanya untuk mu , ibu bapaku dan dia ..sekiranya kau maha pengasih dan penyayang. kasihanilah aku. ku pohon kebahagiaannya kau berikan. potonglah setengah nyawaku sekiranya perlu sebagai pengorbanan aku semata mata untuk kebahagiaan nurasma di dunia dan di akhirat. aku menangisi hajatku ini tulus dan redha hanya niatku untuk melihat nurasma md ismail bahagia hingga ke akhir hayat. sekiranya aku gila di dunia ini. ampunkan dosaku ya Allah.
hanya Kaulah Ta Allah sahaja yg memahami jiwa penderitaan aku mahupun kesengsaraan yg Kau berikan ini.
Kau tunjukkan aku hikmahnya kelak.

aku menunggu petunjuk mu dalam istikharahku ..InsyaAllah.. wabillah ..

amin.."

No comments: